Friday, July 10, 2009

Teater "Intan Yang Tercanai" @ DBP


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memulakan pementasan teaternya sejak tahun 1967 dengan teaternya yang bertajuk "Tamu di Bukit Kenny" karya Usman Awang, arahan Baharuddin Zainal.

Tradisi pementasan tersebut tetap diteruskan sehingga ke hari apabila DBP untuk kesekian kalinya akan mementaskan karya Sasterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan yang bertajuk "Intan yang Tercanai" arahan A. Wahab Hamzah.

Pementasan ini akan menemui pencinta karya-karya SN Noordin Hassan dan peminat teater bermula pada 8 hingga 12 Julai 2009, pukul 8.30 malam di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga RM20 dan RM10 (warga emas dan pelajar) boleh diperoleh melalui


"Intan yang Tercanai" mengangkat keperibadian seorang wanita unggul bernama Ungku Intan Anis. Dia bersahabat dengan Danial Sundaram sejak di bangku sekolah lagi dan terus akrab semasa di luar negara. Danial yang pernah belajar perbandingan dan psikologi agama di universiti sedang dalam pencarian sebenarnya. Keperibadian Ungku Anis yang luar biasa yang sanggup datang bersama-sama dengan kawan-kawannya pada hari Danial menanggung kavadi serta terlibat dalam kerja-kerja sosial, membantu orang miskin di kampung hingga ke Guatemala dan negara-negara Afrika telah menyentuh dan mengharukan hati Danial. Dalam usia muda Ungku Anis ke Mekah, tetapi Ungku Anis telah hilang dalam peristiwa Terowong al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji. Kehilangannya telah mendorong Danial kemudiannya ke Mekah untuk mencari sahabat yang dikasihinya itu. Danial bertemu seorang lelaki, Haji Fadzil, yang mengatakan dia pernah membantu Ungku Anis semasa peristiwa Terowong al-Mu'aysam. Haji Fadzil telah membawa Danial ke Gua Hira' untuk menemui Ungku Anis.

Bertemukah Danial dengan sahabatnya, Ungku Anis? Benarkah orang yang dibantu oleh Haji Fadzil itu Ungku Anis?Teater ini mengupas isu kemanusiaan dengan halus dan dengan lapisan makna yang perlu ditafsirkan. Teater ini juga mengangkat nilai dan sifat kemanusiaan ketika musibah menguji mereka.


Jika mustahil pada tersurat, carilah pula apa tersirat.


Kemahiran Noordin Hassan dalam pertukangan penulisan skrip drama dapat dikesan dalam "Intan yang Tercanai". Dalam drama yang pendek ini, Noordin menyediakan deep structures (struktur dalaman yang mengimbau interpretasi, peleraian, decoding) dan mencabar pembaca membuat tafsiran, pembacaan dan mencari makna yang tersurat dan tersirat"-Prof. Dr. Solehah Ishak-

- diambil dari pada blog http://intanyangtercanai.blogspot.com/ -

p/s : going to watch this tonite..atas tiket sebagai staff DBP for free...tetiba rasa beruntung buat praktikal disini..byk pengalaman aku dapat..sedih plak dah nak habis praktikal..hurmm...

No comments: