tetiba rasa mcm nak makan ketam...so smlm aku beli ketam dekat carrefour..kebetulan murah..so harini cuti pe lagik..mari memasak ( sape ckp aku tak weti masak..aku boleh masak bila aku nak..hehehe.)
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos Thai
Garam dan gula
BAHAN-BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
5 tangkai cili merah
1. Goreng ketam yang digaul dengan kunyit dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan semua sos, kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa dan tumis lagi.
4. Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan ketam dan kacau hingga sekata.
3 comments:
huu..mau!lapar la plak tgk
Great!nnt bleh jdi chef cam nih..
hehe..dah habes lah bbsyasya..
Post a Comment